Girlyy ♥

The Disclaimer





Assalamaulakum. Welcome to my official blog. Do follow after you read my blog and no harsh word here. Thankyouu :)

Travel This Site



The Cbox Song



...


Thursday, 30 January 2014 16:15 0 Atashinci(s)

Aku masih ingat saat pertama kali pertemua kita dan aku sentiasa akan ingat saat saat itu. Kita bertemu dalam keadaa yang agak kucar kacir tapi jika itu hendakNya, maka itulah yang akan terjadi. Aku tidak pernah menyangka kita akan serapat dan sekenal seperti sekarang. Tapi percayalah, saat kau ada disisi aku dan sentiasa mendengar segala luahan aku, aku akan rasa tenang. Walaupun kau tidak mengenal aku dengan sepenuhnya tapi aku cukup mengenali kau, perwatakan kau, cara kau dan yang paling penting setiap nasihat yang kau beri saat aku dalam kesedihan dan kesusahan.

mungkin ini yang ditentukan oleh Ilahi yang kita akan bertemu dan serapat sebegini. Siapa sangka kan? Jauh dilubuk dalam hati aku, aku sayangkan kau tapi aku bataskan rasa sayang itu. Kau pun sendiri tahu yang hati aku milik orang lain. Dan kau pun tahu airmata aku mudah sangat jatuh. Aku harap kau bukanlah orang yang buat airmata aku jatuh berjujuran tapi aku hampa. Airmata ini jatuh akhirnya saat kau beritahu yang kau akan pergi jauh. Jauh sangat yang entah tidak pasti bila kita akan bertemu lagi.

aku masih ingat saat pertama kali kau buat aku mengalirkan airmata. Tapi ketika itu aku faham, mungkin salah aku juga kerana tidak memberitahu kau dan itu yang menyebabkan kau salah sangka. Aku masih ingat ketika kita menjadi orang asing beberapa ketika dahulu di awal pertemuan kita. Kita menjadi begitu sehingga keadaan memahami siapa kau pada aku dan siapa aku pada kau. 

kau pasti tidak percaya yang aku simpan setiap text yang kau beri, setiap ayat demi ayat aku hafal dan aku simpan dalam hati. Aku tidak menyangka yang kau akan menjadi kawan baik aku walaupun kita berlainan jantina. Aku takut aku gagal dalam persahabatan kita tapi Alhamdulillah perkara itu tidak menjadi. Walaupun kadangkala hubungan kita sedikit goyah hanya kerana mulut orang tapi aku cuba sedaya upaya untuk utuhkan lagi hubungan persahabatan kita.

bagi aku cara kita bertemu sangat istimewa dan tidak mungkin aku lupakan saat saat yang penting itu. Kadang kadang keadaan memaksa aku untuk melupakan itu kerana aku takut, takut sangat yang satu hari nanti aku akan tumpas. 

aku masih ingat saat kita menjadi orang asing, dulu. Kau dan aku tidak bertegur, tanpa text, tanpa chat, tanpa dm dan tanpa mention. Kau tahu apa yag aku rasa saat itu? Aku hampa, hampa yang beberbaluti rasa kecewa dan sedih tapi aku gagahkan juga hati ini untuk memahami keadaan kau. Banyak rasa yang hadir bila aku mengenali kau. Pedih sakit kecewa hampa gembira suka semua itu menjadi satu gabungan.

persahabatan kita boleh diibaratkan sebagai unsur dan simbol unsur yang sentiasa bersama seperti yang aku pelajari dalam kimia. Persahabatan kita juga ditafsirkan seperti disakarida yang terbentuk apabila molekul monosakarida bergabung seperti dalam subjek biologi. Dalam subjek fizik, persahabatan kita ibarat simbol dan rumus yang sentiasa berguna antara satu sama lain. Dalam matematik tambahan pula, hubungan kita bagai bentuk piawaian yang kekadang sukar untuk selesaikan.

saat kau putuskan untuk pergi jauh dari orang orang yang kau sayang, aku rasa sedih tapi aku bangga yang kau akan pergi untuk memperjuangkan cita cita kau. Seperti yang kau kata, kau akan tinggalkan banyak benda, tinggalkan banyak hati. Aku tahu jauh dari lubuk hati kau yang paling dalam pasti terselit rasa sedih dan rasa bersalah. Tapi yakinlah pada diri kau, yakin pada hati kau dan kukuhkanlah pendirian kau. Aku tahu kau, aku tahu kau boleh buat dan aku yakin kau boleh. 

hanya satu pesan aku, jangan lupakan orang yang sayangkan kau dan jangan sesekali alpa terhadap apa yang kau ada. Aku akan sentiasa doakan kau berjaya lahiriah dan rohaniah. In Shaa Allah, aku akan ingat pesan kau saat kita berjumpa untuk kali terakhirnya. Aku akan jaga kesihatan aku, aku akan belajar bersungguh sungguh. Aku akan ingat pesan kau. Dan aku harap kau baca coretan aku saat kau sudah pergi jauh dari aku. Mungkin itu coretan terakhir aku buat kau, kalau aku panjang umur kita bertemu lagi. tolong jangan lupa aku disini dan ingat aku dalam hati kau walaupun kau masih menganggap aku orang asing tapi percayalah kau orang yang istimewa untuk aku.