Clumsy Feeling.
Tuesday, 25 February 2014 05:33 ♥
Aku dah biasa ditinggalkan tapi entah kenapa kali ini aku
rasa berbeza. Dia pergi meninggalkan aku tanpa sepatah kata tapi hanya dengan
senyuman yang penuh denga harapan yang entahlah aku pun tak tahu apa yang dia
harapkan. Sekarang dah lebih sebulan dia tinggalkan hati aku yang dia telah
miliki selama tiga tahun tanpa dia sendiri tahu. Bagi aku masa sebulan itu
umpama setahun. Aku menahan rasa rindu yang mendalam yang kadang aku tak dapat
menahan rasa kerinduan itu, perit rasanya.
aku cuba melupakan dia dengan melakukan pelbagai cara. Aku cuba sayangkan orang
lain macam aku sayangkan dia tapi aku tak boleh. Tapi entahlah, baru baru ini
aku rasa lain sangat bertemu dengan seorang lelaki yang mampu buat jantung aku
berdebar bila aku terserempak dengan dia. lelaki itu adalah orang yang pernah
aku benci dan sangat benci hanya kerana kesilapan yang dia lakukan pada aku,
masa dulu.
aku cuba buangkan perasaan itu sebab aku tahu dia juga membenci aku seperti aku
membenci dia. betul lah kata orang, kadang sikap lelaki suka ditafsir. Mereka ada
sifat yang tersembunyi. Kadangkala mereka memberi harapan yang ikhlas,
kadangnya mereka memberi harapan palsu. Kadang mereka cuba menunjukkan kasih
sayang secara depan, kadang mereka suka pendam perasaan sendiri. Yes, itu yang
pernah aku baca dalam satu artikel, satu masa dulu. Nak dikatakan lelaki ini
dalam salah satu golongan yang diketegorikan. Dia cuba memberi harapan tapi
kadang dia sendiri hapuskan harapan itu.
aku tidak tahu sama ada lelaki ini ada perasaan yang sama seperti yang aku
rasakan, jantung berdegup kencang bila bertemu. Aku rasa aneh sangat dengan
perasaan ini sebab aku tak pernah rasa perasaan ini kecuali dengan dia yang
telah meninggalkan aku tapi sekarang perasaan itu muncul pada lelaki yang aku
benci yang hampir hilang dibawa pergi oleh dia yang sebulan menyepikan diri. Aku
bukan perasan atau berangan tapi rasa lelaki ini berubah. Dia mulai senyum bila
kami terserempak. Tapi aku gagahkan juga hati, aku cuba membenci dia seperti
dulu. Aku tak nak rasa sakit hati menangis hanya kerana sesuatu yang tidak
pasti.
seperti yang rakan baik aku kata, jika lelaki itu mulai menyukai aku, aku kena
belajar untuk sukakan dia. tapi aku rasa aku tidak adil dengan hati aku
sendiri. Selama ini aku jaga hati aku tiga tahun berturut tanpa rasa goyah
kerana hati aku hanya milik dia yang telah pergi nun jauh disana. Entahlah aku
tak faham dengan kehendak hati aku sendiri. Aku kusut, aku penat dan lelah
dengan perasaan yang karut ini. Aku hanya menuggu seseorang yang tepat dan pada
masa yang tepat. Buat masa sekarang aku akan jaga hati aku untuk dia sehingga
dia balik dengan menyatakan apa yang dia harapkan dari aku. Biarlah aku tunggu
hingga dua tahun sehinggalah aku bertemu bahagia dengan pengganti yang betul
betul ikhlas sayangkan aku.
Le Owner
Hello Earthlings! im human just like you~
Name: Ainur Anisa binti Mohd Nazri
Age: 15 years old PMR CANDIDATES
Location: Batu Pahat
Hobies: Surf internet , facebooking and tweeting
Motto: Walaupun hati sakit tapi aku kuat!
School: SMK Tun Ismail
Ambition: Doktor Pakar Bedah
Lovers: Zizan Razak , Johan Asaari dan Azlee Khairi ♥♥
Crush: PujaanHati ♥
The bestfriends: Azreen, Afifah, Malia, Aliya, Mimie, Farah, Hafiz, Nisha, Dinie, Iwan, Haikal
Contact Me: Twitter | Ask.FM
LIKES:
Facebook , Twitter
Chocalate and ice cream
Soft pink and red
Reading books
Blogging
Eating and cycling
Zizan lovers
DISLIKES:
Hackers
Copycat
Slow internet connecting
Liar
Who make me crying and make me hurt